SHARP Aircond J tech

 

J TECH INVERTER BY SHARP

Ramai pernah nampak dan dengar iklan brand ini di papan tanda tepi highway atau mall. Syarikat ini berasal dari Japan dan quality juga agak memuaskan tapi sejak 2016 dimiliki oleh Taiwan dan production semua made in Taiwan dan ada sikit2 parts made in China. Sudah, bercampur aduk.



Kalau dulu brand Sharp mmg tahan lasak sebelum 2016,jarang2 ada masalah terutamanya Aircon tapi kini quality nye dah jadi fair saja. Dari segi Teknologi features dia mmg sedang bersaing dgn Panasonic.

J tech inverter mula diperkenalkan pada pertengahan 2016 dan sgt memberangsangkan jualannya, ramai yg beli kerana hrga tak terlalu mahal dan tak lah murah kira sedang2 la tpi dah ada inverter dpt jimat penggunaan tenaga elektrik. Masa tu inverter tgh top ranking Panasonic, Daikin dan Sharp.

Antara features yg terbaru utk latest model :
- Design simple dan style, hilang semua screw disoroknya. Bnyk guna fitting dan clip.

- Plasmacluster, mcm air purifier jugak Fungsinya. Bersih kan udara dgn memerangkap ion2 negative dan memberikan kesejukan yg Segar bersih.

- Auto self clean, fungsi ini ada pda beberapa brand juga, tekan pda remote dia bersihkan cooling coil tpi takdelah bersih sempurna. Hnya backup sikit supaya dpt buang habuk dlm 25 %.

- Pelbagai mode yg ada anda boleh tukar ikut keselesaan, ini Lebih pada marketing, takde pon takpe rasanya. Untuk tunjukkan lebih mantap, seperti

Super jet mode : angin jadi laju berderu, Dan cepat sejuk kan ruang.
Eco mode : angin jadi slow dan jimat tenaga,
baby mode : angin sgt slow bagai sentuhan belaian.
Breeze mode : angin dgn kelajuan zigzag.

Tapi semua ni hnya bermain dgn kelajuan blower saja. Hehe..

- Suhu boleh turun smpai maximum 14 darjah celcius pda remote tapi mgkin ini hnyalah utk marketing. Takde suhu boleh turun smpai 14 darjah celcius, maximum boleh pergi 18 shja.






Overall brand Sharp ni boleh katakan fair saja dan tak bagus sgt sebab masalah kebocoran gas tak dpt dipisahkan sejak guna Aluminium condenser coil ni. Terlalu bnyk terima complain dari technician attend kes yg sama iaitu gas pressure 0, bila overhaul buat leak test ternyata bocor di outdoor unit dan ini mmg tak boleh tampal, melainkan customer setuju tukar parts condenser aluminium tersebut yg berharga 700 siap pasang.

Inilah kelemahan Sharp sejak j tech inverter diperkenalkan. Bagi yg bernasib baik syukurlah tak bocor, tapi hmpir 70 percent customer yg saya attend bocor kat outdoor aluminium.

Kisah Aluminium ni panjang ceritanya, kononya lebih cekap dlm penukaran dan pelepasan haba oleh compressor jadi cepatlah sejuk ruang bilik anda, mmg betul dan cost production pon dpt dikurangkan berbanding guna copper yg masih terdapat dlm semua brand2 aircon di Malaysia ni. Tapi Ketebalan pipe aluminium tak mampu afford pressure gas Aircon zaman skrg yg menggunakan R32 dan sebelum ni R410a. Sgt2 tinggi iaitu 150psi keatas.

Jika digunakan pda kereta mmg berbaloi sebab kereta mmg nk cepat sejuk dan pressure gas kereta hnya lah 30psi Lebih kurang menggunakan gas r134a. Tpi lepas beberapa tahun pon akan bocor juga ikut penggunaan.

Pernah juga Daikin menggunakan Aluminium condenser pada outdoor unit tpi production dihentikan dan tak bnyk unit terjual atas mslh kebocoran ini. Yg masih continue dgn Aluminium ialah Sharp dan Samsung.

Jika Syarikat Sharp beralih semula kepada copper pipe mmg saya rekemen brand ini sebab Aircon dia mmg tahan lasak dari segi penggunaan harian. Sekian.. 😊

Ulasan